Saturday, 12 April 2014

Luahan Hati

Asalamualaikum. Okay, harini nak meluah perasaan. EKceli bukannya luahan hati sangat, kisah yang berlaku sepanjang hari tak updet blog ni. Tiap kali nak updet blog mesti aku tertidor, bz la apa. Bz sangat ke? Kirala bz tu melayan si buah hati ♥ Okay cut. Banyak gak bende nak di ceritakan ni. Let's start the luahan ! Hehe . Bahasa ape tah aku pakai .

Okay first , aku ngidam . Yes aku ngidam ! Haha. Bukan pegnen k. Aku sampai terleleh-leleh air lior nak makan nasik lemak. Siyes la Irfan selalu tak sempat nak gi beli Nasik Lemak untuk aku. Kat mulut cakaptakpe. Sumpah dalam hati ni rasa macam nak nangis sebab tak dapat makan nasik lemak. Hari ni merupakan hari ketiga aku craving for nasik lemak ! Selalu ada kelas tambahan apelah petang sampai aku tak sempat nak ikutkan rasa tekak ni. Hmm, apelah nasib. Takpelah, Irfan dah usahakan nak hantar pergi rumah masalahnya lagi satu. Ada budak-budak ramai kat umah. Anak sepupu aku. Dia nak kasi tapau pun susah. Harus jugak dia tapaukan untuk seisi rumah. So im not gonna burden him. Cukupla belanja aku sorang k abeh. Hehe. Sian dia , dahla tengah kumpul duit nak tukar kaler helmet kami dua. Dengan mem dia yang ngidam makan nasik lemak ni. Susahnya hidup. Hari-hari kot kena pujuk sebab dia bukannya ada masa sangat nak pi cari orang yang masak nasik lemak 'kick' ni. Okay, pity him ! Esok-esok aku boleh pi cari sendiri lah. Sebab tekak aku memang nak. Macam nak nangis je kalau tak dapat. Entah kenapa. Okay nak selitkan sesuatu kat sini. Si Irfan ni kan, macam nak kasi aku gemok je. Aku tak mintak pun dia buat macam ni k. HAri-hari dia dok beli air fevret aku , air teh. Untuk aku minum time rehat. Sebab dia tahu aku tak makan time rehat. Aku tak berani nak bedal masakan kat kantin, sebab mak cik kantin tu non-muslim. Was-was , so jadi makanan syubhah dah tu. Kalau tak silap aku lah ek. Hehe. Tapi dalam minggu ni lain sikit. Dia siap bagi aku kek cheese yang berlapis-lapis tu. Ada gak yang dalam container tu . Dah macam aiskrim aku tengok. Dia asyik nak bagi aku makan je. Tau la badan aku ni kurus kering . Dia tu pun apa kurang nya. Dahla kurus, tinggi . Dah macam hantu galah je aku tengok. Aku ni paras bahu dia aja. So ? We dont care what people say ;)

Second, cikgu aku buat stupid joke laaa. Ok, ni memang aku sampai hari ni takbleh lupa. Dahla taun lepas buat kes kat aku tahun ni sambung lagi dah keja gila dia tu. Nak tahu apa dia cakap ? Jeng jeng jeng. Kisahnya begini..

Cikgu Azizi ni ajar Sivik. Dia dudok je dalam kelas. So , kami apalagi. Main sana main sini. tak macam budak form 5 je bunyik nye. Dah tu Awang gatai la dok tanya kat cikgu "CIkgu, betul ke cikgu dah kawin dua ? Budak form 4 cakap". Cikgu tu dok main tefon dia je. Lepastu dia jawab " Betul la. Tak caya?" . Aku kat blakang gatai gak nak nyampok. Aku lari pegi meja cikgu pastu aku cakap. "Cikgu ni belom kawin. Cikgu tipu !" Sambil gelak-gelak aku cakap cemtu. Tiba-tiba dia kuarkan ayat power dia "Hah Shafiqa, kamu tak caya. Kamu nak jadi isteri nombor tiga cikgu?" Aku apelagi. Lari macam org gila pegi belakang kelas and repot kat Nasrizal. 

 Time rehat tu aku pegi buat report kat Irfan. Lepastu aku main-main la cakap yang aku ni isteri orang jgan kacau. Isteri nombor tiga lagi tu ! Haha. NAk tau apa Irfan cakap ? Dia cakap " Aku tumbok jugak laki kau tu kang" *dalam bahasa Melanau k* . Aku gelak la dah dia emo sangat camtu. Haha. Dia ni jenisjeles. Dulu cikgu tu gak yang buat kes kat aku. Bole je cikgu tu sms aku panggil aku 'sayang'. Gurau je kot. Haha. Sebab nak raya time tu dia tanya 'Dah beli baju raya ke sayang' . Amboih kau. Gatai dengan student naa. Yang kes tu aku report kat Irfan. Irfan nak pancitkan tayar moto kereta cikgu. Haha. Jeles jangg !

Okay. Tu je pun aku nak luahkan. And nak cakap. Aku ikut kuiz PNB , search kat tenet macam susah je kuiz tu. Doakan aku bole jelah ok. Hehe. Okaylah, cukup dah luahan hati tu. Till we see again. Bye *cam borin je penutup aku ni. Lepas syok cerita terus blah --'

Thursday, 3 April 2014

Result , Result and Result

Asalamualaikum people around the world. Berangan je lebih. Manaade people around the world nak baca entry blog ni. Doakan saja ek. Haha. Okay tengah hari tadi time Cikgu Jiji our daddy suroh aku hantar barang dia pergi bilik guru. Apa benda yang dia suroh aku hantar tu?

Botol air kosong dia yang besaqq tu, buku tebal yang catat semua aktiviti mengajar tu, ada plastik besar yg full dengan kertas ujian.

Dengan classmates yg suroh hantar buku latihan sains pi bilik guru lagi. Jawatan baru penolog ketua tapi macam ape dah bila kene suroh angkat barang banyak mcm tu. Nasib ada si bestie yang tolong. Bukan tak ikhlas tapi , dengan saiz badan aku yang molek comel ni. Tinggi 149cm aje  Nak naik turun tangga tulah masalah dia. Angkat benda berat lagi. Ada hari nanti aku terlentang kat tangga tu kerja Tuan Jiji yang dok membuli aja kerjanya. But nevermind, dah tugaskan. Tapi , ada hikmahnya disebalik kejadian. Sampai aje kami dua Kikin (my bestie) dekat meja Tuan Jiji tadi nampakla sehelai kertas macam table yang berkaler-kaler tu. Amboih , ada merah ada hitam. Sekali selak, result exam 1 rupa-rupanya. Si Kikin apalagi. Memang taknak lepaskan peluang la, semuanya dia tengok. Aku sekali imbas macam tu kot. Nampak je nama aku dengan kedudukan nombor 1 terus terdetik dalam hati "dah officially ke keputusan ni?"  macam tak percaya je aku dapat buat terbaik dari budak genius dalam kelas tu si Sofia. Biar betik? Haha. Tapi aku bersyukurla kalau result tu sahih. Lagipun Sejarah kertas 3 dan Kesusasteraan Melayu aku dapat 100%. Aku memang awesome kan. Haha. Bangga dia. Takdelah , aku bersyukur sesangat tau. Selain dari result exam , result table tet nak ambil lesen pun aku ambek berat gak. Yelah, ingat free ke pergi ambek lesen tu . Bayarla !  Semua orang pun tahu. Ahahah. Aku doakan result exam tu okay aje.Aku taknak buang duit kakak aku. Okayla, takda idea lagi dah tambah-tambah lagi mata asyik nak tertutup aje ni. Hehe. Goodnight you all :D