Thursday 3 April 2014

Result , Result and Result

Asalamualaikum people around the world. Berangan je lebih. Manaade people around the world nak baca entry blog ni. Doakan saja ek. Haha. Okay tengah hari tadi time Cikgu Jiji our daddy suroh aku hantar barang dia pergi bilik guru. Apa benda yang dia suroh aku hantar tu?

Botol air kosong dia yang besaqq tu, buku tebal yang catat semua aktiviti mengajar tu, ada plastik besar yg full dengan kertas ujian.

Dengan classmates yg suroh hantar buku latihan sains pi bilik guru lagi. Jawatan baru penolog ketua tapi macam ape dah bila kene suroh angkat barang banyak mcm tu. Nasib ada si bestie yang tolong. Bukan tak ikhlas tapi , dengan saiz badan aku yang molek comel ni. Tinggi 149cm aje  Nak naik turun tangga tulah masalah dia. Angkat benda berat lagi. Ada hari nanti aku terlentang kat tangga tu kerja Tuan Jiji yang dok membuli aja kerjanya. But nevermind, dah tugaskan. Tapi , ada hikmahnya disebalik kejadian. Sampai aje kami dua Kikin (my bestie) dekat meja Tuan Jiji tadi nampakla sehelai kertas macam table yang berkaler-kaler tu. Amboih , ada merah ada hitam. Sekali selak, result exam 1 rupa-rupanya. Si Kikin apalagi. Memang taknak lepaskan peluang la, semuanya dia tengok. Aku sekali imbas macam tu kot. Nampak je nama aku dengan kedudukan nombor 1 terus terdetik dalam hati "dah officially ke keputusan ni?"  macam tak percaya je aku dapat buat terbaik dari budak genius dalam kelas tu si Sofia. Biar betik? Haha. Tapi aku bersyukurla kalau result tu sahih. Lagipun Sejarah kertas 3 dan Kesusasteraan Melayu aku dapat 100%. Aku memang awesome kan. Haha. Bangga dia. Takdelah , aku bersyukur sesangat tau. Selain dari result exam , result table tet nak ambil lesen pun aku ambek berat gak. Yelah, ingat free ke pergi ambek lesen tu . Bayarla !  Semua orang pun tahu. Ahahah. Aku doakan result exam tu okay aje.Aku taknak buang duit kakak aku. Okayla, takda idea lagi dah tambah-tambah lagi mata asyik nak tertutup aje ni. Hehe. Goodnight you all :D

No comments: