Saturday 28 June 2014

Terlalu kasarkah aku?


Asalamualaikum dan Selamat pagi bulan Ramadhan
Hee~ ceria betul aku pagi ni. Tapi mata panda ni. Tidur lewat bangun awal nak bersahur. Buat homework sampai sekarang. aku ngular update blog kejap. Time aku dok ketuk marker atas meja belajar tadi aku teringat kat satu kes ni. Ni cerita aku dengan si budak Jawa tu lah ek.

Aku ni memang bukan jenis yang ladies sangat.Tapi aku strictly bukan tomboy or any other name for that species. Ni namanya habits. Yea, mungkin badan aku kecik-kecik cili padi, rendah aje pun. Tapi, orang komplen aku ni kasar sangat. Terlalu kasarkah aku?

Evidence 1; Kawan si budak Jawa tu, Revelino tidur kat rumah Irfan ni lah. Then, dia nampak kot atau Irfan yang bagitau ada kesan lebam-lebam kat badan Irfan. My God, did I hit him that hard? Aku pun macam, err~. Sebab kan, masa aku pukul dia tu semua orang nampak. Balik dari kantin, kat koridor kelas dia usik aku. Cucuk pinggang aku. Aku melenting lah, lepas tu aku tumbuk kat bahagian tepi bahu dia tu ala-ala iron man (boooooooooooooooooo...) Aku rasa manja je aku tumbuk tu. Takda la kuat sangat. Okay okay I admit it, aku pernah tampar dia, tumbuk dia, tendang punggung dia. what else? Emmm, nyaris nak backhand dia adalah (kot). Tapi this things happen bukan sekali. Aku tak tahu pulak boleh membawa kepada lebam-lebam. Aku memang girlfriend yang kejam dan brutal kan? Ingat kat word brutal aku ingat one thing, Irfan pernah panggil aku "ustazah brutal" okay. Shisss, aku bagi dia makan tangan.

And, tak kira aku bunuh , tikam dia sampai mati sekalipun kan? Dia cakap dia okay and dia suka aku buat dia macam tu. Rasa macam manja pulak dari pandangan mata dia. Butak kali ko ya ! So, aku pasang niat nak kurangkan tangan ni bagi pelempang kat dia or stop terus. Karang ada pulak kes penderaan suami. Or, aku jadi ahli gusti jelah. Almaklum, aku enjoy tengok WWF. Cuma yang tak sedapnya depa pakai spenda aje --'

And, aku tahu. aku tak sweet macam other couple. I mean, perlu ke macam tu? Macam pegang-pegang pipi, cubit-cubit bagai. Or usap-usap kepala. macam kucing je? haha.no idea about benda sweet Bila tengok couple sama umur even lebih muda dari aku pelok pinggang boifren dia ke, I was like.. err perlu ke?. Okay takyah bajet alim macam aku tak pernah sentuh lelaki. Bukan sentuh macam-macam ye. For example, pukul tangan dia pun sentuh gak kan? Kalau bestie aku tak hadir (tapi dia tak pernah tak hadir melainkan ada pertandingan ke apa) aku akan jalan dengan geng lelaki aku. Duduk lam kelas sama ngan deorang. And, the hardest thing to do when Kikin is not with me is bila kelas Pend. Islam and ustazah mintak buat group yang tak boleh mix lelaki perempuan. KAwan-kawan perempuan lain tarik kerusi duduk dengan bestie diorang masing-masing.Dan aku, its was like the sky fall over me. Kalau edit pakai colour splash semua orang colourful and aku grey je effect dia. Macam krik~krikkk. At last, aku kena kutip kat mana-mana group where I have to umm approach them supaya dapat cooperate. But sesetengah tu memang dah kenai sangat dengan aku. We Malaysians kan friendly? Kan kan? 

Sudah terang lagi ber-spotlight plus lilin dua tiga batang, aku memang kasar. Maybe sebab aku bergaul dengan budak lelaki orr faktor badan kecik. Untuk perlindungan so that takda orang nak pijak kepala aku. Tapi as a human, aku juga pandai malu walau perangai boyish tu ada. Perangai je kan. Fakta-makta-auta-blablabla nya aku tetap perempuan, gadis, wanita dan yang sewaktu dengannya.

So, Irfan. Im sorry sebab terlalu kasar kat kau.Aku ngaku tak sweet macam pasangan lain. Kalau jodoh karang aku pandai la nak sweet-sweet dengan kau. I mean bilaa dah sah lah.Nak pegang tangan pun tak salah dah kan? Oppp opppp terlebih sudah --' drop the subject.Okay, aku mintak sorry bebanyak ye Papan. Lepas ni aku janji tak kasi badan kau lebam-lebam.Aku bebel je lah. Hihi, jangan pulak telinga kau pandai lebam.

#THROWBACK: benda yang paling sweet kita buat aku rasa time kau kacau aku padam papan hitam then aku kejar kau and pukul punggung kau guna duster yang banyak debu kapur tu.Best tak? 
In conclusion (sehhhmenn) , tak kisah la orang nak kata aku ni hati kayu,batu, kasar, tak sweet. Yang pasti, Irfan je rasa benda sweet tu. Sweeet ke? Lantaklah. Geli nak dengar cerita budak sekolah ni sweet-sweet. 90 degree bulu roma tegak. Tetttt~ aku nak sambung buat homework dah. Sekian, wasalam.

Bulan Ramadhan

Asalamualaikum saudara dan saudari sekalian.
Syukur Alhamdulilah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah ini. Syukur juga sebab Allah masih berikan kita peluang untuk menikmati dan mmperbaiki diri pada bula yang mulia ini. Alhamdulilah. 

Berapa hari lepas ek dah diumumkan tarikh mula berpuasa jatuh pada hari Ahad. Yeay, seronoknya. Aku excited nak berpuasa ni.Alhamdulilah tempoh 'ABC' aku cun habis malam ahad tu. Mean esoknya (pada hari ahad) aku dapatlah nak berpuasa kan.Alhamdulilah.

Okay, aku nak kongsi sikit tentang Bulan Ramadhan ni. Walaupun banyak jugak orang buat entri-entri macam ni (aku pun tak ketinggalan) tak bermaksud aku ikut orang ye. aku buat dengan cara aku sendiri. Aku cuma nak kongsi information yang muslim people memang dah arif tentangnya. Tapi apa salahnya aku berkongsikan? Kita ni manusia, tak semuanya kita dapat ingat. Di harap entri ni ada manfaatnya.

First of all sebelum nak tunaikan ibadah puasa kita mestilah baca niatnya.Macam solat jugak. Baca niat dulu. And niat puasa ni dibaca malam sebelum puasa tu and normally dekat surau-surau sure mereka akan baca lepas solat tarawikh.

Niat Puasa Sebulan
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahita'ala

Niat Puasa Harian
Nawaitu sau ma ghodin an ada'ie fardhi syahri ramadhana hazihi sannati lillahi ta'ala

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka shum tu  wa bika amantu wa 'ala rizqika aftartu birahmatika ya arrhamar rohimin

Aamiin.


"Pantang-larang" semasa berpuasa ;
Semasa berpuasa/dalam bulan puasa orang Muslim ni memang di'HARAM"kan untuk makan selepas terbit fajar sehingga terbenam matahari kecuali ada special case lah ek? Yang ada special case tu bila dapat melantak makanan pulak, tak boleh nak menunjuk yang dia  boleh makan sesuka hati. Hormati bulan puasa dan orang-orang yang berpuasa.
Selain itu, bagi yang perempuan (tak tahu la kalau ada jugak lelaki yang dua kali lima dengan perempuan) lenyapkan aktiviti bergossip di bulan puasa. Ini dapat mengurangkan pahala puasa kalian. Cuba fikir, kenapa sanggup nak menahan lapar kalau nak dapat pahala setengah je? Pasang niat awal-awal nak patuh kepada benda yang tak boleh dan boleh buat time puasa supaya kita dapat pahala puasa yang sewajarnya kita dapat. jangan kurangkan pahala dengan melakukan aktiviti tak bermoral. Please, bubarkan dulu Kelab Gossip Girl tu.
Jaga tingkah laku, percakapan dan pergaulan. Tingkah laku? Jaga perangai kita. Fi'il bak kata orang mana tah.Elakkan dari buat perangai tak senonoh dan yang boleh menjatuhkan maruah dan pahala puasa. Ni bukan sahaja untuk bulan puasa kan? Sebagai orang Islam we must behave ourself. Percakapan? Yes, berkait dengan kes gossip and mengumpat tadi. Mulut tu jaga sikit.Jangan nak duk cemuh orang lain. Buat fitnah dan macam-macam lagi yang dikategorikan sebagai perangai buruk.Pergaulan? Yaa, pergaulan kita especially antara lelaki dan perempuan. Ya, memang diakui budak zaman sekarang umur belasan dah ada boifren/girlfriend. termasuk si penulis ni jugak. So, kita kena jaga pergaulan. Bukan saja time bulan puasa. semasa bukan bulan puasa pun kena jaga jugak sebab bukan muhrim.Takkan la nak duk pegang tangan bagai unless dah kahwin. But I bet student macam aku sure belum kahwin lagi. Kalau dah jodoh tu kita tak dapat nak elakkan. Erk ! stop. Aku malehh nak cakap pasal kawin ni. SPM pun belum lepas jangan nak gatai --'
Yang lain-lain tu such as bersetubuh memang tak leh la. Dah terang lagi bersuluh memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tak boleh ofkos la yang tu pun tak boleh. Muntah dengan sengaja. Ni orang bengap je buat kot. Sanggup kau hilang pahala then korek kau punya tekak ? Kau gilee (itu cara klise nak muntah la.skil ntah kat mana belaja --')

Benda yang aku share ni pun aku belaja dalam kelas Pendidikan Islam. One of my favorite subject especially part tulis jawi tu. Memang aku addict sangat sampai time perhimpunan , aku catatkan dalam bahasa jawi je apa yang cikgu dok bebel.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Manfaatkan lah bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan sebaik mungkin. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga dapat tahan nafsu. Kan sekarang syaitan semua takda so, nafsu adalah musuh utama.

Sabda Rasullulah S.a.w;
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam dan selamat malam. Jangan lupa baca niat puasa ;)

Thursday 26 June 2014

Cara untuk melegakan period pain

Asalamualaikum dan Selamat Malam


Lumrah sebagai wanita/ perempuan ialah mengalami senggugut atau nama famous-amos nya period pain. Period pain ni biasanya akan di alami dalam sehari nak kena 'pendarahan' dan beberapa hari semasa period tu la.Tapi kalau aku dalam 4 hari macam tu masih lagi rasa sakit-sakit macam kena gigit je organ dalam badan. Right girls?

Hokay, sini bukan nak kasi malu ka apa just sharing and please open mind sikit. Aku nak share macam mana cara bila menghadapi period pain. Ya, sekarang mungkin dah wujud pil semua nak elakkan tu kan. In case tetengah malam kau kena? Mana nak dapat pil? Tidur balik je lah.

Okay, tanpa lengahkan masa aku bagitau la yee sebab cara ni amat berkesan kat aku.InshaAllah kalau cuba anda mampu mengubahnya --' merengg .First, aku masak air ofcos sampai mendidih kang sakit perut pulak. bertambah azab.kihkihkih. Lopaih tu buatla air teh macam biasa but tak letak gula. Masukkan air perahan limau. Limau yang masam tu. Then lastly letak madu sikit. Kacaulaa bagi dia suam sampai boleh di minum. Kalau nak experience lidah terbako hang teguk ja .Before minum tu baca la bismillah. Selawat ke atas Nabi. Mintak-mintak di sembuhkanlah sakit yang sebulan sekali ni. Aamiin.

Selain dari tu, banyakkan minum air suam or panas macam milo panas, susu panas, air panas biase je pun boleh.Aku buat macam kat atas tu nak ikut rasa tekak aku kot. Yeke? Tapi menjadi kat aku. Lepas tu aku boleh buat kerja-kerja dengan tenang. kalau dulu asal sakit je aku tidur.memang pemalas kan? 

And ELAKKAN minuman or makanan berais or yang sejuk-sejuk dan air berkarbonat (air chee bak kata kakak aku)  time period.For example ABC,100plus,air dalam peti sejuk,timun,air kelapa etc..Kalau nak jugak, kau rasalah sendiri lepas tu. Dulu aku ada baca sharing kat wechat yang benda-benda sejuk ni boleh membekukan darah haid. Darah yang beku ni akan bersisa kat dinding rahim dan berkemungkinan besar boleh menyebabkan kanser rahim (ni aku tahu melalui pembacaan aku,kalau salah mohon dibetulkan) . And one more thing, jangan mandikan rambut/basahkan kepala semasa haid ini kerana pori-pori kepala terbuka semasa haid dan boleh menyebabkan sakit kepala. Effect ni tak semestinya di alami waktu mandi tu jugak. Mungkin waktu tua or beberapa tahun lepas tu. tapi orang sekarang mana nak dengar cakap kan? Dah kepala nak pecah sebab terlalu pening/migrain baru dok ikut petua datuk nenek.

P/s:: Jika pembaca seorang suami, pesan kat isteri ,anak supaya jangan buat perkara yang dielakkan semasa haid. Ini akan memberi kesan dalam jangka masa terdekat.And, jangan cakap yang perempuan ni mengada-ngada nak sakitlah apa semua.Jangan terlalu bersangka buruk time orang 'menderita' ,tambahkan tahap kesabaran and be caring ;)

Nota kaki kiri; Benda yang berupa fakta yang aku ceritakan adalah melalui pembacaan dan penceritaan orang-orang di sekeliling aku.Kalau salah aku mintak maaf dan mohon diperbetulkan kesilapan tu.Manusia,tak lepas dari buat silap ;)
Sekian. Wasalam dan Selamat Malam