Thursday 29 May 2014

Happy Birthday, Sayang !

Asalamualaikum. Hola readers ! amboi, lidah aku macam nak cakap Philipine aje. Ni terkena badi cerita kat Astro Tayangan Hebat. Cerita Philiphine tu. Best bah dia cakap 'talaga?' , amboi memang sah aku terkena badi Pinoy ni. hehe, but cerita tu best oke. kihkih


Tu ha cerita dia. Perempuan tu memang kuat bebel. tapi aku suka. Dia lucu. Kisah cinta orang Philipine kawin dengan orang putih. lelaki tu sempoi and terima seadanya je si 'Cookie' tu. haha, memang aku gelak habis la tengok cerita tu. gelak sampai terputus urat kentut. amboi, hiperbolanya ayat ku. kalau cikgu Cyril dengar gerenti dia bagi aku 100 markah lagi exam percubaan ni nanti. Hehe. Berangan kalahkan si Jenin .   Dah dah, aku ni dah melalut hal movie best. Benda nak dicerita pun aku tak cakap lagi. Korang nak tahu ke? Hehe. nak tak nak tu hak korang. Okay, today is my bestie birthday. ha, yang bambam dalam pic kat sidebar tu. Yang bersel-puikk dengan aku tu. Amboi, birthday girl dia hari ni. We're like sister. Aku lahir 27 Mei, dia 29 Mei. aku sayang giler kat dia ni. Hihi, bukan nak kata lesbian k. Orang yang ada bestie yang dah macam sebahagian dari dirinya sendiri saja tahu apa yang aku rasa. "The one who makes you laugh when skies is the darkest. the one who makes you feels you're on top of the world when you hardly hit the ground" macam tu la gamak nye. ni aku hentam je. tapi aku paham apa yang aku tulis. KihKih. Okay aku nak wish kau ni. kau jangan nangis pulak 

" I met you since we're in primary school. tapi masa tu kau kawan rapat orang lain. aku kawan rapat orang lain. masuk form 1 kita sama sekolah. kau lak kelas B tapi waktu rehat aku selalu jumpa kau dan Nina sebab nak lepak. masuk form 3, kita sekelas. Korang cakap dulu aku budak yang '24jam belajar' sebab aku kelas A dulu so aku dok baca buku dalam kelas. Then, aku masuk kelas B. Kita dudok sama-sama kat depan sekali. Outing sama, aku panggil kau dengan nama Kikin then melekat sampai hari ni. Susah sama, senang bersama. kau tahu sapa yang aku minat masa tu. kau tahu budak mana yang dok text aku. mestilah si irfan. ofcos, sebab dia try tackle aku dari form 1 lagi. tapi aku tak pernah bagi no. phone. masatu aku pakai phon ke? lupelah. hihi. Bila budak yang aku suka tu mintak no phon aku kau bagi. kau cakap, kau tahu apa yang aku rasa. Lepas tu kita selalu kuar sama. Pergi kepsi, karok, lepak medan ria sama-sama. Masuk form 4 aku dah pandai bawak moto pi bandar aku bawak kau sekali. buat hw sama-sama. Aku hantar kau balik semua sampai mak kau kenal aku. Aku selalu suruh kau guna nama aku kalau kau takut balik terlebih lewat. Form 4 pun kita dok meja sama. Memang takkan terpisah ja gamaknya. Sekarang dah form 5, kita masih sama gak. aku taknak berpisah pun dengan kau. tapi ni tahunlast kita dapat sama-sama macam ni. nanti, mesti aku rindu kau kan? Aku rindu nak bertenggek kat tangga dengan kau. kau gendong aku sepanjang koridor. Kita gelakkan cikgu. aku ajar kau math. kita tiru time exam. Kita main time perhimpunan. Kau rasa kita dapat jumpa lagi tak nanti? Kau dah macam adik perempuan aku dah. And sempena hari kau officially 7teen ni aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY. semoga Allah sentiasa beri rahmat , hidayah dan kejayaan dunia akhirat kat kau. semoga urusan hidup kau mudah. semoga semua yang kau buat diberkati Allah. aku doakan kita sama-sama berjaya untuk SPM ni. Aamiin. Semoga panjang umur dan Allah sentiasa limpahkan rezeki kat kau. Aku sayang kau sangat "
Malam tadi aku dah wish. aku sent msg pukul 11.58 , aku gerenti kau masih bangun lagi. mesti kau tunggu sampai pukul 12 tgh malam.Aku tahan mata aku sebab nak wish birthday kat kau. And sempena hari kau lahir, kucing aku pun beranak gak. amboi, sempat ye nak selitkan cerita. Ni batch yang kedua anak kepada Mama. mama tu nama kucing k?. Si Kakak dan Pibi (anak mama batch yg first) punyalah jeles tengok adik diorang yang baru lahir. tiga ekor. comel nya. akak aku belom apa-apa dah runsing. runsing pikir nama apa nak bagi. Hehe, dalam family aku kalau nak bagi nama kucing dah macam nama manusia. Aku pernah ada seekor kucing nama dia Abang. hihi. Sekarang ada Kakak dan Pibi. kalau ada masa aku uplod gambar. Papa pun ada. adalah kucing jantan yang selalu datang rumah and main dengan Kakak dan Pibi. mama pun layan kan aje kucing tu, sebab tu la kami panggil dia Papa. Dah macam family dah kan? alhamdulilah. semoga kucing-kucing ni membesar dengan elok and nanti dah besar comel-comel gitu. ye dok? haha/

Cakap hal kucing , si kurus kering Irfan balik Kuching hari ni. Bila aku kata 'laki' aku tu balik je mesti deorang tanya balik mana ? Johor? atau Kuching? Kuching la, hujung tahun kang dia balik Johor, amboi caringnya yee~ Haha. entah mana hilangnya budak jawa tu tak reply mesej aku sampai sekarang. Aku risau gak, perjalanan tu makan masa berjam-jam sebab ayah dia yang drive.  aku doakan yang baik-baik ajelah. Aamiin. Okaylah, sekarang pn dah larut malam. aku nak pg call si Budak Jawa ni kejap. heehe. Btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku. appreciate it so much. Wasalam

Monday 26 May 2014

It's my special day

Asalamualaikum dan salam Subuh.
Haii, ni awal pagi nak membebel. Fresh pulak otak aku pagi ni. Hihi. Special day? Guess what, it's my born day ! Alhamdulilah, sampai ke sweet 7teen jugak aku. Besa dah anak mak yang sorang ni. Kecik je kot badannye -'- haha. Well, let see sapa yang ingat nak wish. Naa, my bestie dengan .. ehem.. ofkus la si Ipan aku tu. haha. amboi awal ye. belum kul 12 lagi dah wish. Dia wish pukul 11:57 macam tu. Dan korang nak tahu apa hadiah yang aku dapat pagi ni. Jeng jeng jeng. Skuter Ego Lc hitam sebijik. Haha, tipu je pun. Pagi-pagi lagi aku terbangun sebab si semut sentap ni sengaja kan nak masuk dalam telinga aku. Sungguh aku berang. Aku rasa lain je time tidur, dah orang best-best bermimpi naik kapal dengan kawan-kawan. Tapi part aku bangun tu, aku terjatuh dari tempat kami orang berdiri. tersembam kot muka ni kat lantai kapal. But before that, kami kat sekolah kena kejar dengan dua lelaki yang berpakaian serba hitam. waa, sungguh aku takut, macam kena kejar penyangak je rasanya. sembunyik sana sini. Masalahnya , apa salah kami sampai kena kejar macam tu? okay, back to the topic. hehe, melalut pulak ngan mimpi aku. Tiba-tiba aku bangun. Aku buat marathon , lari berpagar apa semua pergi dapur terus ke singki , aku masukkan air paip kat dalam telinga. Tu petua orang tua la ek. Aku masukkan dalam telinga sambil hati aku cakap " Nah, aku bagi kau pengajaran sikit. Biar kau lemas kejap dalam tu. Dah takde lobang lain kau nak masuk waktu-waktu macam ni ke? Sakit doh !" . Adik aku punya terkejut tengok aku tiba-tiba muncul sambil lari-lari cenggitu. Dia tanya "Awal nye kau bangun?". Kalau nak ikutkan mulut celupar aku cakap je " Kau tak nampak ke aku sedang sakit ni !" Tapi memandangkan hari special aku jawab je ada semut sesat masuk telinga. Adik aku dok buat donut. Tu yang bangun pukol 4.30 pagi. Dah selesai dengan semut tak bertamadun tu tadi, aku pi baring balik. Teringat pulak aku kes yang jadi awal bulan Mei lepas. Ceritanya macam ni, aku baru balik dari bawak adik aku pergi shopping barang sekolah. Aku dudok je depan tv terus ada benda terbang berdesup masuk dalam telinga. Aku bangun terus kelam kabut. Hah, aku jerit panggil nama adik aku suroh cari pengorek telinga. Dia pun cemas sama. Mana taknya aku cakap menatang yang bersaiz besar masok dalam telinga aku. Dia punye gelabah lagi cari benda yang aku nak sambil aku pegang telinga. Menyesal betul aku sebab sampai kat depan tv terus aku buka tudung. Dah nasib kan? Mana nak tahu ada aeroplane sesat masuk lam telinga. Dan yang menyedihkan, 'mayat' dia baru aku korek semalam. Besar jugakla, macam sebutir beras ada sayap. Hari tu ada gak benda masuk dalam telinga aku, kumbang yang berbau tu. Yang ni tak keluar-keluar smapai sekarang. Dah beranak-pinak kot dalam sana. Beranak-pinak dengak taik telinga aku. Baik aku tadahkan aje telinga aku nimkena bebel. Biar bertambah taik telinga, biar dia mati kena himpit. hahaha ! Teori apetah aku pakai. Kalau cikgu Norlia dengar memang pecah meja makmal Sains dia kerjakan.Dah tu, sambung balik cerita yang sebenar -benarnya yang tadi tu, dah aku sedap-sedap baring, tiba-tiba perut aku sakit la pulak. Hmm , what's next?

Aku ucapkan syukur ajelah. Boleh pulak masa ni aku nak 'bocor'. Hadiah hari jadi ni best giler ah ! Sakit senggugut tu okay. Grr -''- Aku pergi buat kerja yng sepatutnya aku buat. Hehe, alhamdulilah. Takla teruk sangat pendarahannya. Dah , ni aku nak censored banyak, aku ni open-minded sangat nanti ada je kutuk aku pulak. Haiiii, bila la donut adik aku nak siap. Aku dah cakap kat Irfan nak bekalkan untuk dia jugak. Adik aku pasti on je. hehe. Dah tu tadi kan bestie aku si Akikin ru ada wish birthday aku. Waa, serius sentap aku sayang oi. Kau buat wish pepanjang gegitu , especially part persahabatan kita tu. Err, kau jangan buat aku nangis bole tak? Aku macam nak buat marathon pergi rumah kau and peluk kau je rasanya. Thanks, aku hargai sangat-sangat. aku punsayang kau jugak. Yaa, nanti kita sama-sama berjaya dapat straight A , aamiin.

Guess why tak banyak wish aku? Hehe, aku kedekut punya pasal aku tak bagi ni henfon kat ramai orang. Si Ipan ni, kononnya privacy apa semua biar orang terdekat je tahu. Mana dak aku rasa macam orang yang langsung tak bergaul je. Dah la pakai wechat ta boleh. Facebook aku dah deadactive. Insta je aku pakai skarang. Redha je lah dengan orang yang protective macam polis ni. tau la dia tu anak polis kan? Poddah !

Tak sabar aku nak pergi sekolah. Nak tunggu kawan lain wish. Aku tak mintak hadiah, aku hanya nak kejayaan ja. And aku bersyukur Allah bagi aku kesempatan sampai aku dah sah 17tahun. smeoga umur lagi panjang. Masih di beri peluang nak carik bekalan nak bawak ke akhirat nanti. Aamiin. LAst but not least, aku nak wish kat diri aku sendiri ;

Dear , Pika. Happy Birthday. Aku kagum dengan diri aku sendiri dan adik-beradik sebab dapat hidup macam orang lain walau mak bapak takda kat sisi. Sekurang-kurangnya aku dapat kasih sayang dr kakak and abang aku. Aku nak doakan aku dpat buat yang terbaik untuk SPM ni nanti. Aku nak banggakan kakak aku. aku nak bagi dia hadiah bermakna ni. nanti aku belajar tinggi, kerja bagus, aku nak balas balik jasa orang yang pernah jaga aku dari aku tinggal dengan mak dgn abah. lepastu tinggal dnegan mak. lepastu tinggal dengan mak usu da pak usu. Then , tinggal dengan kakak and abang je. InshaAllah, aku nak jadi orang harapan dalam keluarga aku sementelah kakak aku tak dapat sambung belajar kerana nak sara perbelanjaan persekolahan aku dan adik aku tu. Thanks akak ! Hihi. Semoga aku sentiasa mendpat hidayah dari Allah dan keberkatan-Nya. Semoga aku jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Maaf kalau bahasa aku kasar ye. Harap takda yang mengutuk. kalau nak kutuk jugak. Kutuk ajelah. Sik da hasil bak kata orang Sarawak. Apaguna nya kutuk orang kalau orang kena kutuk senyum je memanjang. yang mengutuk rugi sebab buang air lio. Baik guna air liur tu untuk selawat ke , bertahmid ke bertasbih ke. ye dak? Haha. Okaylah, wassalam.

Thursday 22 May 2014

Keputusan peperiksaan 2

Asalamualaikum dan salam Subuh semua ! Alhamdulilah, masih celik jugak mata hari ni, Allah masih bagi kita peluang nak bertaubat dan kumpul bekalan utk akhirat. Okay, bukan nak buat tazkirah pagi ke apa ek, saja nak cakap, mana nak tahu kut korang belum ucapkan syukur ke hadrat Ilahi lagi. Aiseh, dah serupa ustazah dah -.- Kita sama mengingatkan antara satu sama lain k.

Ni sementara tunggu nak beradu dalam bilik, aku ambil kesempatan nak post. Aku belum solat subuh lagi, bangun awal-awal ni nak bersahur je. aik? Dah posa ke ? Hehe, aku ganti puasa la. Lepas aku nak lelapkan mata kejap baru aku Subuh. Tengok tu, bunyi dia pemalas je kan? Haha, dah tak boleh tidur lepas Subuh so kita tidur dulu baru Subuh, lagi pun masih sempatkan? Hehe. Okay, that's not our topic today. aku nak bebel pasal result exam hari ni eceli. Result aku takla memberangsangkan sangat. Sekadar sorak 'Yahoo!' dapat dua tiga A aje. Okay , let me list them out ;

BM - 82
BI - not yet
Sejarah - 77
Math - 74
Sains - 74
Kesusasteraan Melayu - 71
Perdagangan - 50
Geografi - 84
P.Islam -73

Tengok? Haish, result macam ni nak bawak g SPM, menangis kakak aku tengok kot -.- No,no,no lepas ni aku nak struggle hard. Aku yakin aku boleh ! Iyerr, 'Semangat Aku Boleh' bak kata Cikgu Hanipah. InshaAllah aku nak dapatkan result yang baik punyer untuk Percubaan SPM yang pertama ni. Hope so, korang doakan aku eh. Okay, aku dah dengar guruh dah, lutut aku dah bergegar dah ni. Kbye, Wasalam

Saturday 17 May 2014

Selamat Hari Guru #TB

Asalamualaikum readers kesayanganku sekalian. Okay, sudah terang lagi berspotlight kan yang tajuk entri aku hari ni "Selamat Hari Guru" so aku nak citer pasal sambutan hari guru kat SMK Saint Patrick (SPS). Tiap tahun sambutan ni WAJIB disambut untuk meraikan dan menghargai pengorbanan guru. Macam biasa, sambutan ni mestilah meriah, yelah kan, semua student nak tunjuk kehebatan masing-masing, buat persembahan bagai sebagai hadiah kat cikgu. Part yang best bagi aku bila bekas pengetua pun kena jemput. Uncle tu memang dah tua dah, nak berdiri lama pun macam tak mampu. tapi aku lupalah nama dia. Muka dia sedih giler bila pihak sekolah (Pengetua SPS yang latest) bagi hadiah gambar semasa Uncle tu tadi masih jadi pengetua kat sini. Terharu beb ! Aku pun terasa macam nak nangis ade gak, tahun last kat sekolah ni kot taun ni. Taun depan mana sempat nak celebrate mcm ni. Tak delah si beruang , Awang tu nak petik gitar atas pentas lagi, siapalah agaknya pelapis band sekolah? Okay, baik aku ceritakan secara kronologi, kang korang pun blur baca apa benda yang aku merepek kat sini.

Seawal tujuh pagi tu kami orang kumpul kat sekolah macam biasa, dah aku tahu hari tu hari guru so cikgu takkan nak marah-marah aku pi bawak henset aku pg sekolah sekali. Aku tahu aktiviti snap-snap banyak hari ni. Heheh ! Aktiviti first yang cikgu buat adalam bergambar. Kat mana lagi kalau tak dekat dengan bangunan kelas kami. Almaklumlah situ je ada permandangan terindah.and student for 5 diminta berbaris disepanjang lokasi bergambar sampailah ke dewan perhimpunan dimana sambutan akan diadakan. Okay, part cikgu bergambar aku bengang sikit sampai mulut aku tak berhenti membebel. Dah time tu matahari naik, boleh pulak cikgu ambik masa dalam 45minit macam tu nak bergambar. Gambar outdoor kahwin ke apa? Dah la rasa macam di jemur je bawah matahari. Okay, jangan merungut, demi cikgu tersayang di Hari Guru. yang bikin hati aku macam dipanggang dengan suhu 700 darjah celsius nya bila Irfan dan geng dia takut nak turun. diorang terkandas dalam kelas. Katanya takut nak lintas kawasan cikgu bergambar. ha siapa suruh hang pandai sangat pergi tercongok dalam kelas. Dah tu takut pulak. aku pergi call dia tapi tak dapat-dapat. Suhu badan aku naik mendadak dengar dia masih kat kelas (Bangunan tingkat atas). Sorry to say memang puas gak aku sumpah seranah dia.

Dah tu cikgu dah puas berselfie, ber'group'fie bagai sana start la berarak pergi dewan. Dengan Awang dan kumpulan hadrahnya bermain kompang. Macam kenduri pulak. Dahla ada kanopi bagai. Sesampainya dekat kat dewan tu aku dan bestie aku yang sorang ni berebut nak duduk depan, nanti tak nampak persembahan diorang kan. Tak bestla, rugi je berpeluh-peluh dudok situ tapi tak nampak performance orang. Ye dok? Haa, bertuahnya kami dapatla tempat kat tengah dewan and duduk barisan no.2 dr depan, terer kan kawan aku sorang ni, habis semua orang dia rempuh. Maka start la majlis tu dengan ucapan Ketua PIBG bapak si Cosmas tu then pengetua. Tapi aku tak kesah sangat ucapan bagai, aku masih dalam mood bergaduh dengan Irfan, aku maki dia dalam sms. Bersabarlah wahai hati ~

Aku skip ke persembahan jelah k.First ada tarian dari sri Ritma Borneo (Group seni kat Mukah), kaawan aku sorang participate dalam tu, Si Chaerin. Amboih tonggek dia time menari, aku yang tengok ni dah sakit pinggang haa. Tapi dia memang terer la bab macam tu. Bekas girfrengg si Irfan pun ada, ahh lantak kau lah! Lopaih tu, ada budak form 5 bersajak. Aku dengar dia plan nak nangis. Tapi takda pun air mata? Sebab banyak orang jerit dari bawah kot, dia pun macam nak terkeluar anak tekak je jerit dari atas pentas. Dah kenapa kau? Nak nyanyi scremo sangat ke? Musykil aku --'. Okay, jangan ambik hati, kalau aku buat pun belum tentu dapat buat macam kau buat. Sorry ;-). Tapi yang sorang tu kawan adik aku, aku tak komplen banyak , okay je bagi aku. Then ada tarian lagi , mereka yang tadi gak and adalah sikit penari tambahan. Ni aku tak komplen, aku tak tau la , aku sendiri pun ternganga tengok deorg.

Dah tu ada student bagi hadiah kat cikgu, Cikgu baca ikrar and nyanyi. Semangat betul cikgu sains aku, Mdm Norlia, suara dia je aku dengar. haha ! DAh tu cikgu pulak buat persembahan. Amboi cikgu Ramli, dia feeling betul time nyanyi lagu 'Masih mencintainya-Papinka'. Tapi cikgu ni comel tau. Kawan aku pun ada gak buat persembahan. Awang main guitar je. Omira main guitar sambil nyanyi. Mereka ambil lagu Sebiru Hari Ini. Best lagu ni, sedeh pun ada dengar sebab ada kaitan dengan perpisahan. Aku rasa performance yg lastu tu cikgu Dennis yang nyanyi. Lagu 'ayah dan ibuu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami...' ha lagu tu la dia ambek, dia cakap sempena Hari Ibu dan Hari Guru. Serius aku sentap , aku siap berjurai air mata lagi. Hihi. Malu -..-

Dah abeh tu pengawas diminta tunggu kat dewan. Fuh! Kami orang murid biaa balek trus. Oleh sebab ada sorang budak dtg cakap kat aku Cikgu Azizi panggil aku so aku pergi la bilik guru jumpa dia. aku wish selamat hari guru kat dia and cikgu-cikgu yg aku jumpa on my way jumpa Cikgu Zizi ni tadi. Cikgu Azizi siap cakap ' Ei, mana hadiah cikgu ?' . Jangan nak cakap gitu dengan budak celupar macam aku. Aku jawab balik ' Mengada-ngada !' Hahahaga. Ambek kau seketul. Dia buat muka kelat and senyum-senyum Pak Kadok kat situ. Dia tanya kat aku siapa tak hadir then suruh aku hantar pergi rak. Haiya, ni pun nak harapkan orang lain gak. Kerja senang je kot -..- Dah tu aku trus blah.

To: Guru-guru aku dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi. aiseh, sampai sekolah menengah laa.
Terima Kasih banyak-banyak cikgu sebab sudi ajarkan kami. Bak kata orang guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Besar betul pengorbanan seorang guru. Kalau takda guru nak ngajar mungkin aku sendiri dah tak pandai nak buat blog ni, tak pandai ngeja apa semua. Aku takkan jadi macam aku yang sekarang dah kot. Guru macam ibu bapa juga kat sekolah. Tapi ada guru gatai ajak kawin tu bukan spesis macam ibu bapa. Tu spesis miang buluh betong. Cikgu Azizi tu haa ! Haha. Then, guru sabar je layan kerenah student. Terima kasih banyak-banyak cikgu, pengorbananmu ku hargai. Sobsobsob . Sentap pulak aku. tahun depan dah tak da nak wish selamat pagi bagai macam selalu. I will miss all the moment that we had together.

Ni nak share gambar sikit ;
Cikgu Ramli buat performance ngan Awang and Mira

Ketua Pengawas si Bryien Emanuel buat ucapan

Jen dan Kikin tunggu cikgu nak berarak

My Bestie si Kikin

Ibrahim buat gaya James Bond --'



Okay, tu je pun perkongsian aku pasai hari guru kat sekolah aku. Saja nak membebel . Hihi. Okaylah, lain kali update lagi. Asalamualaikum . Sayang cikgu !

Monday 12 May 2014

Tutorial : Buat button ig , button follow ig dan letak galeri ig di blog

Asalamualaikum. Penat gue, baru balik dr jalan. Maklumlah cuti wesak kan, apa lagi? Aku pergi ronda Mukah la dengan Irfan. Dah tiba kat rumah, rindu pulak kat blog so aku log in la. Ada Sis Inda mintak ajar buat button Instagram (Ig). So here we go bebeh !

1. Buat button Follow Instagram di blog

Bukak link ni WEBSTAGRAM. Log In ig korang. Macam biasa masukkan Username dan Password.
Lepas tu dah masuk account korang kan. Ada benda keluar tu tekan je authorize. Kalau takda, good ! Hehe. Lepastu dekat tab atas tu pilih tool, macam ni
Lepas tekan tool tu sure akan keluar follow me button semua. Dah tu ambil code yang bawah tu sebab aku try kat blog aku yang atas tu tak dapat. Dia macam tak menjadi, so aku try an error, pilih yang kat bawah. hehe, Alhamdullilah berjaya.
Dah copy kan? Then pergi layout -> Add Gadgets -> Html/Javascript. Lepastu paste kod tu kat ruang html tu. Save !  Hasilnya ;

Tak cukup button follow je? Nak galleri dia letak kat situ sekali ? Okay, Teruskan lagi tutorial kita !
2. Letak galeri Instagram di blog (letak bawah button follow tadi pun boley).
Stay dekat webstagram tadi. Jangan dulu tutup. mana nak tahu terlalu eksaited dapat button follow trus blah. Haha. Okay. ada tab sebelah follow me button tu , tengok gambar bawah ni k


pilih yang aku kotakkan kaler merah tu.Ayat apetah aku pakai. Lepastu korang perlu configure lagi yang dia bagi kat bawah tu. Yang first tu letak je username. Lopaih tu letak username korang dekat bahagian @username tu. Thumbnail dan layout tu bagi aku takyah tukar pun takpe sebab dia dah okay and sesuai. yang border tu ikut suka hati korang. Nak letak border pilih Yes, kalau tanak pilih No. Yang background colour tu korang boleh pilih sendiri. Tekan je kat situ dia akan bagi chart kat bawah. Korang tinggal nak pilih je lagi. Space tu ikut sukahati korang, korang nak gambar tu rapat ke tak. aku letak 4 untuk galeri aku.Tekan preview , kalau okay bagi korang , jangan lengah lagi , tekan generate code . hehe Kalau nak letak bawah button tu tadi boleh paste je kod tu kat bawah kod yang tadi. tapi dia macam bertindih je. Korang boleh Add gadgets baru pilih html/javascript and paste kod tadi. this one aku punya ;


And lastly korang nak letak button Instagram tak? Kalau nak, mai ikut tuto ni :)

3. Letak button Instagram di blog

Button yang aku maksudkan macam ni , simple je and cara pun senang ;

Haa, yang aku letak dalam kotak merah tu. 
First, korng pergi kat Instagram ni . Login instagram korang . Lepas tukorang akan masuk ke insta korang kan. Jangan pedulikan dulu gambar-2 kat feed tu semua. Pegi tekan kat nama korang yang ada gambar tu ada kan keluar dropdown .
Pilih yang Badges tu. and korang akan direct ke Badges macam kat bawah ;

1.pilih badges yang korang nak. Tekan badges tu then copy the code. Paste kan dekat html/javascript kat layout blog korang. Dah siap. Preview then Save ! Haa, kan dah ada button ig. Senangla aku nak follow ig korang karang.

Harap apa yang aku ajar menjadi sebab kat blog aku jadi je. Dah pakai tuto ni, harap dapat decor blog korang. Takyah credit pun takpa. Aku pun masih belajar. Kita sama-sama belajar. Adios amigos. Kalau ada pertanyaan tanya je kat shoutbox. Kbye, Wasalam.













Thursday 8 May 2014

Mei

Asalamualaikum pembaca sekalian. Goodnight. Hehe. Okay, pendek ne pun tajuk post aku hari ni. Mei . BUlan yang ke-5 , my month. Yeye. Haha. Tu je motif nya sebenarnya. Its my birthday month  Birthday aku bila? *Sila rujuk bio aku okay?* Haha  Takyah nak gatai sangat. Bukan korang eksaited nak tahu pun kan? Okay, my birthday is on 27 May 1997. Ada sapa-sapa yang sama birthday ngan aku tak? Boleh la buat countdown sama-sama ni. Hehe. Tak sabar nak tunggu aku officially sweet 7teen. Tak sabar nak tunggu kengkawan wish and tak lama lepas tu cuti swkolah penggal dua. Terima kasih , cuti selama dua minggu tu amat berharga, aku hargai sungguh hadiah tu ♥ haha. Mengada k mengada --' Taun lepas tak sambut pun birthday aku. Dah tua bangka kot. So takperlu nak sambut bagai. Aku pun dah biasa tak sambut birthday. Sambut tak sambut takda bezanya, tetap gak kita secara rasminya jd 17tahun. Takyah nak dok nangis melutut dekat mak suruh beli kek sebesar meja makan and party all night long. Mengabehkan boreh aje. So, pengajarannya di sini, dah 17tahun tu please be mature. Haha, amboi , bukan main lagi aku dok pesan kat orang. Nanti suroh kakak beli top up merengek-rengek tarik baju akak haha. Yeke? Takde kot. Aku ni banyak membebel aje dr tadi. Sukati aku lah. Lupakan lah hal tu okay.

Hadiah apa yang aku pernah dapat ? Hehe  malu ah nak cakap. Tak banyak , kecil dulu adalah dapat penselcase, anak patong yg matanya terbukak tertutup tu. Ntah apelah. Seram plak aku tengok. Haha. Kad birthday. Ape lagi ek? Haa. Kamus , tabung. Part tabung ni aku sedeh kit. KAkak aku dok beli tabong katak kaler hijau. Aku eksaited giler bukak present tu dah tu nampak tabung. Ni mesti kes nak suroh aku jimat and menabung ni. Ade je kan motif akak aku? Bijak bijak. Tapi yang paling banyak aku terima kad dan doa-doa yang baik. Aamiin. Aku hargai sangat doa korang tu. Bagi yang kutuk aku no hal. Dosa tanggung sendiri. Kau kutuk sampai mulut kau ulser pun aku masih boleh berdiri tau tak? Aku maih boleh jalan, belajar, cakap etc. Sikit lun kata-kata kau tak kacau hidup aku yang maha bahagia ni. Amboi aku ? Macam tahu-tahu je ada orang kutok dia kan? LANtak ah.

One more thing, ni bukan hal birthday. Just perkongsian aje. Sekarang aku dah dapat nickname baru. Kawan aku dh start panggil aku 'Pik' dah. Sebab nama aku Shafiqa  So deorg ambil part Shapiq tu. Then jadi lah 'Pik' . Bukan Pig okay? Haha. Tapi aku selesa aja diorg bagi nama tu. Haa, lagi satu , aku dah dapat Lesen L nyepun. Haha. Comel doh muka aku kat lesen tu. Mesti abang JPJ tak sampai hati nak tahan aku buat kali kedua lepas tengok lesen aku tu nanti. Kan? *Kriikk kriikk*

Okay. I think ni jelah nak bebel hari ni. Dahla tengah demam. Gaduh lak ngan budak Irfan ni. Selsema lak tak habeh lagi. Masuk bulan birthday dia konontp ni haa. Asyik nak meleleh je ingus ni  errr~ Okay. Aku nak rest rest. Nak bangun subuh-2 study esok. Hehe. Malas sebenarnya ni . And , btw, sory sebab banyak typo. Aku duk baca post aku yg lepas banyak giler yg typo. Tergelak sendiri aku baca apa yg aku tulis. Sory la , aku post pakai tablet aja. Kalau nak pakai laptop nanti ada aje nak ganggu aku. Hilang melayang bagai layang-layang tputus talinya idea aku yang banyak ni nanti. Hehe. Okay, adios amigos. Wasalam :-*

Monday 5 May 2014

Exam dah mula

Asalamualaikum peeps . Hola, mai dah student yang paling busy. Haha. Yeke busy? Busy pergi date and ambek lesen jek k. Nak study tu ,urgh, knp malas giler je rasanya ek? Okay, start minggu ni dah start exam. Alhamdulilah hari ni dah selesai Sejarah kertas 3 dan Perdagangan 2  Aku harap dapat result yang WOW lah okay. Hope so. Tapi kertas Pd td memang susah giler lah. Aku hanya blajar part dokumen perniagaan, insurans dan pengangkutan sebab cikgu dah cakap bahagian tu banyak keluar. Aku study la yg tu. Sekali tengok , ada yang pengeluaran sampai ke ekstraktif bagai tu. Peningahh ! Baru sket dh pening kan? Lom lagi nak SPM, aku pun tak tahu kemana hilang semua semangat nak straight A aku selama ini. Aku ni macam dh tak fokus. Tali exam lepas bolehla, dapat no 1 dalam kelas tapi A nya ada 3 aja. Ofkos tak termasuk yang PSK tu kan. Kalau yg tu semestinya A, kacang aje. Dah tu Sejarah kertas 3 , ni aku memang takde masalah sebab , namapun open book test. Ada buku ada maklumat dekat depan mata, tinggal tangan je laginak salin semua benda tu ikut kehendak jawapan. Tak susah benda tu bagi aku. Cuma tu lah. Before exam , puas aku borong pen yang menyelesakan jemari comel aku ni, supaya aku dapat tulis dengan baik and selesa and tangan tak cepat lenguh. Kadang-kadang pen yang tak sesuai tu bagi tangan aku lenguh lepas tulis 2 perenggan saja. Semput eh --' Haha. Tapi tadi Syukur Alhamdulilah senang je aku tulis benda tu . Masa tamat pukul 12.35 tapi aku dah beres semua pukul 11.45 macam tu. Lepas tu amu dok relek je. Barang semua dah pack dalam beg . Tinggal nak balek je lagi. Lepas tu dok kacau budak dok depan aku, Farah nama dia. Pengawas tu. Tapi satu benda aku anti budak ni. Dia suka tekan jari aku sampai ada kluar bunyi. Macam nak patah jari aku kerja budak ni. Aku nak balas balik tapi tak mampu. Dia tu dah gendut, aku nak lawan dia memang tak mampu. Memang la dia kuat makan kan? Aku ni, bkn selalu pun nak jamah makanan. Bila lapar aje aku dok membedal. Hehe. Ingat part makan ni. Aku ingat nak buat puasa ganti. Tapi tunggu mandi special dulu baru la aku nak ganti puasa tu. Part ni aku memang good girl :) InshaAllah dapat ganti and harap dapat full puasa tahun ni. Aamiin.

Okay, dah cukupla perkongsian yang sedikit tentang aku hari ni. Sorry kalau aku gelarkan diri aku sebagai 'aku' , bunyi mcam kasar je kan. Aku mintak maaf banyak-banyak. Mungkin aku selesa macam tu. Aku nak pi study untuk paper esok dah ni. BM 1 dan BM 2 . Semoga aku dapat result flying colors lah. Aamiin. Korang doakan aku gak ea. Doakan aku straight A terus. Hehe. Okay, adios ~