Saturday 28 June 2014

Bulan Ramadhan

Asalamualaikum saudara dan saudari sekalian.
Syukur Alhamdulilah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan yang penuh berkah ini. Syukur juga sebab Allah masih berikan kita peluang untuk menikmati dan mmperbaiki diri pada bula yang mulia ini. Alhamdulilah. 

Berapa hari lepas ek dah diumumkan tarikh mula berpuasa jatuh pada hari Ahad. Yeay, seronoknya. Aku excited nak berpuasa ni.Alhamdulilah tempoh 'ABC' aku cun habis malam ahad tu. Mean esoknya (pada hari ahad) aku dapatlah nak berpuasa kan.Alhamdulilah.

Okay, aku nak kongsi sikit tentang Bulan Ramadhan ni. Walaupun banyak jugak orang buat entri-entri macam ni (aku pun tak ketinggalan) tak bermaksud aku ikut orang ye. aku buat dengan cara aku sendiri. Aku cuma nak kongsi information yang muslim people memang dah arif tentangnya. Tapi apa salahnya aku berkongsikan? Kita ni manusia, tak semuanya kita dapat ingat. Di harap entri ni ada manfaatnya.

First of all sebelum nak tunaikan ibadah puasa kita mestilah baca niatnya.Macam solat jugak. Baca niat dulu. And niat puasa ni dibaca malam sebelum puasa tu and normally dekat surau-surau sure mereka akan baca lepas solat tarawikh.

Niat Puasa Sebulan
Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahita'ala

Niat Puasa Harian
Nawaitu sau ma ghodin an ada'ie fardhi syahri ramadhana hazihi sannati lillahi ta'ala

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka shum tu  wa bika amantu wa 'ala rizqika aftartu birahmatika ya arrhamar rohimin

Aamiin.


"Pantang-larang" semasa berpuasa ;
Semasa berpuasa/dalam bulan puasa orang Muslim ni memang di'HARAM"kan untuk makan selepas terbit fajar sehingga terbenam matahari kecuali ada special case lah ek? Yang ada special case tu bila dapat melantak makanan pulak, tak boleh nak menunjuk yang dia  boleh makan sesuka hati. Hormati bulan puasa dan orang-orang yang berpuasa.
Selain itu, bagi yang perempuan (tak tahu la kalau ada jugak lelaki yang dua kali lima dengan perempuan) lenyapkan aktiviti bergossip di bulan puasa. Ini dapat mengurangkan pahala puasa kalian. Cuba fikir, kenapa sanggup nak menahan lapar kalau nak dapat pahala setengah je? Pasang niat awal-awal nak patuh kepada benda yang tak boleh dan boleh buat time puasa supaya kita dapat pahala puasa yang sewajarnya kita dapat. jangan kurangkan pahala dengan melakukan aktiviti tak bermoral. Please, bubarkan dulu Kelab Gossip Girl tu.
Jaga tingkah laku, percakapan dan pergaulan. Tingkah laku? Jaga perangai kita. Fi'il bak kata orang mana tah.Elakkan dari buat perangai tak senonoh dan yang boleh menjatuhkan maruah dan pahala puasa. Ni bukan sahaja untuk bulan puasa kan? Sebagai orang Islam we must behave ourself. Percakapan? Yes, berkait dengan kes gossip and mengumpat tadi. Mulut tu jaga sikit.Jangan nak duk cemuh orang lain. Buat fitnah dan macam-macam lagi yang dikategorikan sebagai perangai buruk.Pergaulan? Yaa, pergaulan kita especially antara lelaki dan perempuan. Ya, memang diakui budak zaman sekarang umur belasan dah ada boifren/girlfriend. termasuk si penulis ni jugak. So, kita kena jaga pergaulan. Bukan saja time bulan puasa. semasa bukan bulan puasa pun kena jaga jugak sebab bukan muhrim.Takkan la nak duk pegang tangan bagai unless dah kahwin. But I bet student macam aku sure belum kahwin lagi. Kalau dah jodoh tu kita tak dapat nak elakkan. Erk ! stop. Aku malehh nak cakap pasal kawin ni. SPM pun belum lepas jangan nak gatai --'
Yang lain-lain tu such as bersetubuh memang tak leh la. Dah terang lagi bersuluh memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan tak boleh ofkos la yang tu pun tak boleh. Muntah dengan sengaja. Ni orang bengap je buat kot. Sanggup kau hilang pahala then korek kau punya tekak ? Kau gilee (itu cara klise nak muntah la.skil ntah kat mana belaja --')

Benda yang aku share ni pun aku belaja dalam kelas Pendidikan Islam. One of my favorite subject especially part tulis jawi tu. Memang aku addict sangat sampai time perhimpunan , aku catatkan dalam bahasa jawi je apa yang cikgu dok bebel.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Manfaatkan lah bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan sebaik mungkin. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga dapat tahan nafsu. Kan sekarang syaitan semua takda so, nafsu adalah musuh utama.

Sabda Rasullulah S.a.w;
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam dan selamat malam. Jangan lupa baca niat puasa ;)

No comments: