Thursday, 19 June 2014

Cat Rescuer


Asalamualaikum dan selamat malam
Hei fellas, ni baru lepas text dengan Papan aku. Dia cakap dia selamatkan anak kucing kat dalam parit hari ni. Okay, aku story bende ni je kot malam ni. Before tu, aku ni suka kucing gak. kat rumah aku ada 4 ekor kucing. Mama, kakak, adik dan sorang adik angkat.

First tu, Ipan pegi rumah aku, dia ambek IC aku sebab nak g beli simkad baru. Nak jd maxis user dah sekarang. Hehe. Dah tu di pergi la beli. Time dia bebaris ngan keta banyak kat depan, tetiba dia dengar bunyik kucing. Lepas tu dia pergi Medan Ria, parking moto elok-elok kat situ then buat marathon pergi boulevard (tempat dia dengar kucing tu tadi). Dia bawak kucing tu pergi Medan Ria. Kat situ ada kawan dia Undiey pelik doh nama mamat ni. Macam.. lagu nak kempen pilihan raya je. Dah tu Undiey bagi dia towel. Dia mandikan kucing tu. Atototot~ sian dia eh. Dia cakap basah beg kecik yang dia bawak kemana-mana tu sebab mandikan kucing tu. Then dia lap sampai kering. Takut sejuk karang. Dia text aku lagi tanya aku nak bela anak kucing tak? aku cakap takut akak aku marah. Aku cakap kat dia letak kat belakang kedai mak cik aku tempat akak kerja. Naaa, dia letak kat situ. Dia cakap kucing tu lepas dia masukkan dalam pagar berdawai tu. Dia duduk kat sudut yang gelap and tengok je kat muka dia. Aku cakap maybe kucing tu bermonolog 'nasib ada superman yang tolong.Meoww~' lepas tu Ipan tutup lubang-lubang yang agak besar kat pagar dawai tu dengan kotak. Lepas tu dia pergi rumah aku hantar simkad yang dia dah beli tadi.

Aku harap kucing tu masih ada esok. Nanti aku boleh pg tengok. Ipan cakap dia kaler oren ada strip-strip lagi. mesti comel kan? Dahla lagi kecik dia cakap. lebih kecik dari anak-anak kucing yang aku pelihara. Hope dia selamat and tak sejuk la malam ni. 

Ni je aku nak story. Hihi, nasib baik ada si Papan aku ni yang berperikemanusiaan. puji boifren la pulak --' takdelah. hihi. Aku bersyukur dia tahu ihsan terhadap binatang. Syukur~

Goodnight and love you. Aku doakan sekolah kami menang bahas ni. Tak sabar nak dengar cerita dari Kikin. Miss you dear, bestie.
Wasalam.

No comments: