Wednesday 18 June 2014

Kemunculan Semula *Konon


Asalamualaikum, Selamat Malam.
Jengjeng, timbul lagi dah muka aku dalam dunia blog ni. Bukan bermaksud selama ni tenggelam, bukan. Aku just tersalah koding then mati akal.Aku delete blog tu, dah lama-lama dalam tong sampah aku kutip balik. Kihkihkih~ Dan aku edit la balik macam sekarang ni. Warna coklat pulak dah kan? Hehe. Anyway, tajuk entry aku bunyik cam menyampah giler kan? Haha, macam la femes sangat pung nak buat kemunculan bagai. kemunculan jembalang kot. Erk! Drop the subject. 

Naa, dah kaler brown dah sekarang.Aku edit biasa aje. Ikut pengalaman sebelum ni aku dah boleh buat dengan mudah dah sekarang, Alhamdulilah. Aku akan jarang update sebab sekarang musim studying,struggling. SPM tinggal 139hari je lagi so perlu la tukar kepada enjin berlejang-lejang. Mengarut --' Empat lejang je yang ada ! Aku target straight A. InshaAllah aku dapat. Aku nak paham kan lagi subjek Perdagangan, Geografi dan B.Inggeris yang aku agak lemah. Doakanlah aku dapat skor untuk percubaan SPM ni ye? Hihi~

Eh, kenapa lak aku uplod gambar burger? Aku nak citer aku kuat makan tengah malam. Ni iklan disebalik cerita kemunculan semula k? Sekarang kan, aku ni nak membedal aje kerja. Now, aku nak bersantap burger. Yeah, aku memang makan benda-benda macam ni bila tengah malam. Nak gain weight. Aku ni dah macam orang Afrika yang kurang protein je. Kurus kering. Kene tiup angin sure melayang. Nasib otak aku berat, so setakat ni aku belum pernah diterbangkan oleh angin lagi. Nak cakap diri pandai sangat lah tu kan? Menyampah

Okay, aku malas nak bersusei  banyak. Aku nak tidur. Penat, banyak house chores yang aku buat bila balik sekolah. Angkat-sidai pakaian , cuci pinggan, kemas bagai la. Then baru ada masa nak rilek kejap.Buat kerja sekolah dan kewajipan yang patut aku buat. Till then, goodbye and Good Night. Btw, bestie aku dah pergi Sibu ada pertandingan bahas. Kesunyian lak aku lam kelas, nasib ada Cik Endut yang sudi duduk tepi aku. Bye !

No comments: