Saturday 17 May 2014

Selamat Hari Guru #TB

Asalamualaikum readers kesayanganku sekalian. Okay, sudah terang lagi berspotlight kan yang tajuk entri aku hari ni "Selamat Hari Guru" so aku nak citer pasal sambutan hari guru kat SMK Saint Patrick (SPS). Tiap tahun sambutan ni WAJIB disambut untuk meraikan dan menghargai pengorbanan guru. Macam biasa, sambutan ni mestilah meriah, yelah kan, semua student nak tunjuk kehebatan masing-masing, buat persembahan bagai sebagai hadiah kat cikgu. Part yang best bagi aku bila bekas pengetua pun kena jemput. Uncle tu memang dah tua dah, nak berdiri lama pun macam tak mampu. tapi aku lupalah nama dia. Muka dia sedih giler bila pihak sekolah (Pengetua SPS yang latest) bagi hadiah gambar semasa Uncle tu tadi masih jadi pengetua kat sini. Terharu beb ! Aku pun terasa macam nak nangis ade gak, tahun last kat sekolah ni kot taun ni. Taun depan mana sempat nak celebrate mcm ni. Tak delah si beruang , Awang tu nak petik gitar atas pentas lagi, siapalah agaknya pelapis band sekolah? Okay, baik aku ceritakan secara kronologi, kang korang pun blur baca apa benda yang aku merepek kat sini.

Seawal tujuh pagi tu kami orang kumpul kat sekolah macam biasa, dah aku tahu hari tu hari guru so cikgu takkan nak marah-marah aku pi bawak henset aku pg sekolah sekali. Aku tahu aktiviti snap-snap banyak hari ni. Heheh ! Aktiviti first yang cikgu buat adalam bergambar. Kat mana lagi kalau tak dekat dengan bangunan kelas kami. Almaklumlah situ je ada permandangan terindah.and student for 5 diminta berbaris disepanjang lokasi bergambar sampailah ke dewan perhimpunan dimana sambutan akan diadakan. Okay, part cikgu bergambar aku bengang sikit sampai mulut aku tak berhenti membebel. Dah time tu matahari naik, boleh pulak cikgu ambik masa dalam 45minit macam tu nak bergambar. Gambar outdoor kahwin ke apa? Dah la rasa macam di jemur je bawah matahari. Okay, jangan merungut, demi cikgu tersayang di Hari Guru. yang bikin hati aku macam dipanggang dengan suhu 700 darjah celsius nya bila Irfan dan geng dia takut nak turun. diorang terkandas dalam kelas. Katanya takut nak lintas kawasan cikgu bergambar. ha siapa suruh hang pandai sangat pergi tercongok dalam kelas. Dah tu takut pulak. aku pergi call dia tapi tak dapat-dapat. Suhu badan aku naik mendadak dengar dia masih kat kelas (Bangunan tingkat atas). Sorry to say memang puas gak aku sumpah seranah dia.

Dah tu cikgu dah puas berselfie, ber'group'fie bagai sana start la berarak pergi dewan. Dengan Awang dan kumpulan hadrahnya bermain kompang. Macam kenduri pulak. Dahla ada kanopi bagai. Sesampainya dekat kat dewan tu aku dan bestie aku yang sorang ni berebut nak duduk depan, nanti tak nampak persembahan diorang kan. Tak bestla, rugi je berpeluh-peluh dudok situ tapi tak nampak performance orang. Ye dok? Haa, bertuahnya kami dapatla tempat kat tengah dewan and duduk barisan no.2 dr depan, terer kan kawan aku sorang ni, habis semua orang dia rempuh. Maka start la majlis tu dengan ucapan Ketua PIBG bapak si Cosmas tu then pengetua. Tapi aku tak kesah sangat ucapan bagai, aku masih dalam mood bergaduh dengan Irfan, aku maki dia dalam sms. Bersabarlah wahai hati ~

Aku skip ke persembahan jelah k.First ada tarian dari sri Ritma Borneo (Group seni kat Mukah), kaawan aku sorang participate dalam tu, Si Chaerin. Amboih tonggek dia time menari, aku yang tengok ni dah sakit pinggang haa. Tapi dia memang terer la bab macam tu. Bekas girfrengg si Irfan pun ada, ahh lantak kau lah! Lopaih tu, ada budak form 5 bersajak. Aku dengar dia plan nak nangis. Tapi takda pun air mata? Sebab banyak orang jerit dari bawah kot, dia pun macam nak terkeluar anak tekak je jerit dari atas pentas. Dah kenapa kau? Nak nyanyi scremo sangat ke? Musykil aku --'. Okay, jangan ambik hati, kalau aku buat pun belum tentu dapat buat macam kau buat. Sorry ;-). Tapi yang sorang tu kawan adik aku, aku tak komplen banyak , okay je bagi aku. Then ada tarian lagi , mereka yang tadi gak and adalah sikit penari tambahan. Ni aku tak komplen, aku tak tau la , aku sendiri pun ternganga tengok deorg.

Dah tu ada student bagi hadiah kat cikgu, Cikgu baca ikrar and nyanyi. Semangat betul cikgu sains aku, Mdm Norlia, suara dia je aku dengar. haha ! DAh tu cikgu pulak buat persembahan. Amboi cikgu Ramli, dia feeling betul time nyanyi lagu 'Masih mencintainya-Papinka'. Tapi cikgu ni comel tau. Kawan aku pun ada gak buat persembahan. Awang main guitar je. Omira main guitar sambil nyanyi. Mereka ambil lagu Sebiru Hari Ini. Best lagu ni, sedeh pun ada dengar sebab ada kaitan dengan perpisahan. Aku rasa performance yg lastu tu cikgu Dennis yang nyanyi. Lagu 'ayah dan ibuu, ayah dan ibu, itulah permulaan kami...' ha lagu tu la dia ambek, dia cakap sempena Hari Ibu dan Hari Guru. Serius aku sentap , aku siap berjurai air mata lagi. Hihi. Malu -..-

Dah abeh tu pengawas diminta tunggu kat dewan. Fuh! Kami orang murid biaa balek trus. Oleh sebab ada sorang budak dtg cakap kat aku Cikgu Azizi panggil aku so aku pergi la bilik guru jumpa dia. aku wish selamat hari guru kat dia and cikgu-cikgu yg aku jumpa on my way jumpa Cikgu Zizi ni tadi. Cikgu Azizi siap cakap ' Ei, mana hadiah cikgu ?' . Jangan nak cakap gitu dengan budak celupar macam aku. Aku jawab balik ' Mengada-ngada !' Hahahaga. Ambek kau seketul. Dia buat muka kelat and senyum-senyum Pak Kadok kat situ. Dia tanya kat aku siapa tak hadir then suruh aku hantar pergi rak. Haiya, ni pun nak harapkan orang lain gak. Kerja senang je kot -..- Dah tu aku trus blah.

To: Guru-guru aku dari sekolah rendah sampai sekolah tinggi. aiseh, sampai sekolah menengah laa.
Terima Kasih banyak-banyak cikgu sebab sudi ajarkan kami. Bak kata orang guru ibarat lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. Besar betul pengorbanan seorang guru. Kalau takda guru nak ngajar mungkin aku sendiri dah tak pandai nak buat blog ni, tak pandai ngeja apa semua. Aku takkan jadi macam aku yang sekarang dah kot. Guru macam ibu bapa juga kat sekolah. Tapi ada guru gatai ajak kawin tu bukan spesis macam ibu bapa. Tu spesis miang buluh betong. Cikgu Azizi tu haa ! Haha. Then, guru sabar je layan kerenah student. Terima kasih banyak-banyak cikgu, pengorbananmu ku hargai. Sobsobsob . Sentap pulak aku. tahun depan dah tak da nak wish selamat pagi bagai macam selalu. I will miss all the moment that we had together.

Ni nak share gambar sikit ;
Cikgu Ramli buat performance ngan Awang and Mira

Ketua Pengawas si Bryien Emanuel buat ucapan

Jen dan Kikin tunggu cikgu nak berarak

My Bestie si Kikin

Ibrahim buat gaya James Bond --'



Okay, tu je pun perkongsian aku pasai hari guru kat sekolah aku. Saja nak membebel . Hihi. Okaylah, lain kali update lagi. Asalamualaikum . Sayang cikgu !

No comments: