Monday 26 May 2014

It's my special day

Asalamualaikum dan salam Subuh.
Haii, ni awal pagi nak membebel. Fresh pulak otak aku pagi ni. Hihi. Special day? Guess what, it's my born day ! Alhamdulilah, sampai ke sweet 7teen jugak aku. Besa dah anak mak yang sorang ni. Kecik je kot badannye -'- haha. Well, let see sapa yang ingat nak wish. Naa, my bestie dengan .. ehem.. ofkus la si Ipan aku tu. haha. amboi awal ye. belum kul 12 lagi dah wish. Dia wish pukul 11:57 macam tu. Dan korang nak tahu apa hadiah yang aku dapat pagi ni. Jeng jeng jeng. Skuter Ego Lc hitam sebijik. Haha, tipu je pun. Pagi-pagi lagi aku terbangun sebab si semut sentap ni sengaja kan nak masuk dalam telinga aku. Sungguh aku berang. Aku rasa lain je time tidur, dah orang best-best bermimpi naik kapal dengan kawan-kawan. Tapi part aku bangun tu, aku terjatuh dari tempat kami orang berdiri. tersembam kot muka ni kat lantai kapal. But before that, kami kat sekolah kena kejar dengan dua lelaki yang berpakaian serba hitam. waa, sungguh aku takut, macam kena kejar penyangak je rasanya. sembunyik sana sini. Masalahnya , apa salah kami sampai kena kejar macam tu? okay, back to the topic. hehe, melalut pulak ngan mimpi aku. Tiba-tiba aku bangun. Aku buat marathon , lari berpagar apa semua pergi dapur terus ke singki , aku masukkan air paip kat dalam telinga. Tu petua orang tua la ek. Aku masukkan dalam telinga sambil hati aku cakap " Nah, aku bagi kau pengajaran sikit. Biar kau lemas kejap dalam tu. Dah takde lobang lain kau nak masuk waktu-waktu macam ni ke? Sakit doh !" . Adik aku punya terkejut tengok aku tiba-tiba muncul sambil lari-lari cenggitu. Dia tanya "Awal nye kau bangun?". Kalau nak ikutkan mulut celupar aku cakap je " Kau tak nampak ke aku sedang sakit ni !" Tapi memandangkan hari special aku jawab je ada semut sesat masuk telinga. Adik aku dok buat donut. Tu yang bangun pukol 4.30 pagi. Dah selesai dengan semut tak bertamadun tu tadi, aku pi baring balik. Teringat pulak aku kes yang jadi awal bulan Mei lepas. Ceritanya macam ni, aku baru balik dari bawak adik aku pergi shopping barang sekolah. Aku dudok je depan tv terus ada benda terbang berdesup masuk dalam telinga. Aku bangun terus kelam kabut. Hah, aku jerit panggil nama adik aku suroh cari pengorek telinga. Dia pun cemas sama. Mana taknya aku cakap menatang yang bersaiz besar masok dalam telinga aku. Dia punye gelabah lagi cari benda yang aku nak sambil aku pegang telinga. Menyesal betul aku sebab sampai kat depan tv terus aku buka tudung. Dah nasib kan? Mana nak tahu ada aeroplane sesat masuk lam telinga. Dan yang menyedihkan, 'mayat' dia baru aku korek semalam. Besar jugakla, macam sebutir beras ada sayap. Hari tu ada gak benda masuk dalam telinga aku, kumbang yang berbau tu. Yang ni tak keluar-keluar smapai sekarang. Dah beranak-pinak kot dalam sana. Beranak-pinak dengak taik telinga aku. Baik aku tadahkan aje telinga aku nimkena bebel. Biar bertambah taik telinga, biar dia mati kena himpit. hahaha ! Teori apetah aku pakai. Kalau cikgu Norlia dengar memang pecah meja makmal Sains dia kerjakan.Dah tu, sambung balik cerita yang sebenar -benarnya yang tadi tu, dah aku sedap-sedap baring, tiba-tiba perut aku sakit la pulak. Hmm , what's next?

Aku ucapkan syukur ajelah. Boleh pulak masa ni aku nak 'bocor'. Hadiah hari jadi ni best giler ah ! Sakit senggugut tu okay. Grr -''- Aku pergi buat kerja yng sepatutnya aku buat. Hehe, alhamdulilah. Takla teruk sangat pendarahannya. Dah , ni aku nak censored banyak, aku ni open-minded sangat nanti ada je kutuk aku pulak. Haiiii, bila la donut adik aku nak siap. Aku dah cakap kat Irfan nak bekalkan untuk dia jugak. Adik aku pasti on je. hehe. Dah tu tadi kan bestie aku si Akikin ru ada wish birthday aku. Waa, serius sentap aku sayang oi. Kau buat wish pepanjang gegitu , especially part persahabatan kita tu. Err, kau jangan buat aku nangis bole tak? Aku macam nak buat marathon pergi rumah kau and peluk kau je rasanya. Thanks, aku hargai sangat-sangat. aku punsayang kau jugak. Yaa, nanti kita sama-sama berjaya dapat straight A , aamiin.

Guess why tak banyak wish aku? Hehe, aku kedekut punya pasal aku tak bagi ni henfon kat ramai orang. Si Ipan ni, kononnya privacy apa semua biar orang terdekat je tahu. Mana dak aku rasa macam orang yang langsung tak bergaul je. Dah la pakai wechat ta boleh. Facebook aku dah deadactive. Insta je aku pakai skarang. Redha je lah dengan orang yang protective macam polis ni. tau la dia tu anak polis kan? Poddah !

Tak sabar aku nak pergi sekolah. Nak tunggu kawan lain wish. Aku tak mintak hadiah, aku hanya nak kejayaan ja. And aku bersyukur Allah bagi aku kesempatan sampai aku dah sah 17tahun. smeoga umur lagi panjang. Masih di beri peluang nak carik bekalan nak bawak ke akhirat nanti. Aamiin. LAst but not least, aku nak wish kat diri aku sendiri ;

Dear , Pika. Happy Birthday. Aku kagum dengan diri aku sendiri dan adik-beradik sebab dapat hidup macam orang lain walau mak bapak takda kat sisi. Sekurang-kurangnya aku dapat kasih sayang dr kakak and abang aku. Aku nak doakan aku dpat buat yang terbaik untuk SPM ni nanti. Aku nak banggakan kakak aku. aku nak bagi dia hadiah bermakna ni. nanti aku belajar tinggi, kerja bagus, aku nak balas balik jasa orang yang pernah jaga aku dari aku tinggal dengan mak dgn abah. lepastu tinggal dnegan mak. lepastu tinggal dengan mak usu da pak usu. Then , tinggal dengan kakak and abang je. InshaAllah, aku nak jadi orang harapan dalam keluarga aku sementelah kakak aku tak dapat sambung belajar kerana nak sara perbelanjaan persekolahan aku dan adik aku tu. Thanks akak ! Hihi. Semoga aku sentiasa mendpat hidayah dari Allah dan keberkatan-Nya. Semoga aku jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin.
Maaf kalau bahasa aku kasar ye. Harap takda yang mengutuk. kalau nak kutuk jugak. Kutuk ajelah. Sik da hasil bak kata orang Sarawak. Apaguna nya kutuk orang kalau orang kena kutuk senyum je memanjang. yang mengutuk rugi sebab buang air lio. Baik guna air liur tu untuk selawat ke , bertahmid ke bertasbih ke. ye dak? Haha. Okaylah, wassalam.

No comments: