Monday 5 May 2014

Exam dah mula

Asalamualaikum peeps . Hola, mai dah student yang paling busy. Haha. Yeke busy? Busy pergi date and ambek lesen jek k. Nak study tu ,urgh, knp malas giler je rasanya ek? Okay, start minggu ni dah start exam. Alhamdulilah hari ni dah selesai Sejarah kertas 3 dan Perdagangan 2  Aku harap dapat result yang WOW lah okay. Hope so. Tapi kertas Pd td memang susah giler lah. Aku hanya blajar part dokumen perniagaan, insurans dan pengangkutan sebab cikgu dah cakap bahagian tu banyak keluar. Aku study la yg tu. Sekali tengok , ada yang pengeluaran sampai ke ekstraktif bagai tu. Peningahh ! Baru sket dh pening kan? Lom lagi nak SPM, aku pun tak tahu kemana hilang semua semangat nak straight A aku selama ini. Aku ni macam dh tak fokus. Tali exam lepas bolehla, dapat no 1 dalam kelas tapi A nya ada 3 aja. Ofkos tak termasuk yang PSK tu kan. Kalau yg tu semestinya A, kacang aje. Dah tu Sejarah kertas 3 , ni aku memang takde masalah sebab , namapun open book test. Ada buku ada maklumat dekat depan mata, tinggal tangan je laginak salin semua benda tu ikut kehendak jawapan. Tak susah benda tu bagi aku. Cuma tu lah. Before exam , puas aku borong pen yang menyelesakan jemari comel aku ni, supaya aku dapat tulis dengan baik and selesa and tangan tak cepat lenguh. Kadang-kadang pen yang tak sesuai tu bagi tangan aku lenguh lepas tulis 2 perenggan saja. Semput eh --' Haha. Tapi tadi Syukur Alhamdulilah senang je aku tulis benda tu . Masa tamat pukul 12.35 tapi aku dah beres semua pukul 11.45 macam tu. Lepas tu amu dok relek je. Barang semua dah pack dalam beg . Tinggal nak balek je lagi. Lepas tu dok kacau budak dok depan aku, Farah nama dia. Pengawas tu. Tapi satu benda aku anti budak ni. Dia suka tekan jari aku sampai ada kluar bunyi. Macam nak patah jari aku kerja budak ni. Aku nak balas balik tapi tak mampu. Dia tu dah gendut, aku nak lawan dia memang tak mampu. Memang la dia kuat makan kan? Aku ni, bkn selalu pun nak jamah makanan. Bila lapar aje aku dok membedal. Hehe. Ingat part makan ni. Aku ingat nak buat puasa ganti. Tapi tunggu mandi special dulu baru la aku nak ganti puasa tu. Part ni aku memang good girl :) InshaAllah dapat ganti and harap dapat full puasa tahun ni. Aamiin.

Okay, dah cukupla perkongsian yang sedikit tentang aku hari ni. Sorry kalau aku gelarkan diri aku sebagai 'aku' , bunyi mcam kasar je kan. Aku mintak maaf banyak-banyak. Mungkin aku selesa macam tu. Aku nak pi study untuk paper esok dah ni. BM 1 dan BM 2 . Semoga aku dapat result flying colors lah. Aamiin. Korang doakan aku gak ea. Doakan aku straight A terus. Hehe. Okay, adios ~


No comments: