Thursday, 22 May 2014

Keputusan peperiksaan 2

Asalamualaikum dan salam Subuh semua ! Alhamdulilah, masih celik jugak mata hari ni, Allah masih bagi kita peluang nak bertaubat dan kumpul bekalan utk akhirat. Okay, bukan nak buat tazkirah pagi ke apa ek, saja nak cakap, mana nak tahu kut korang belum ucapkan syukur ke hadrat Ilahi lagi. Aiseh, dah serupa ustazah dah -.- Kita sama mengingatkan antara satu sama lain k.

Ni sementara tunggu nak beradu dalam bilik, aku ambil kesempatan nak post. Aku belum solat subuh lagi, bangun awal-awal ni nak bersahur je. aik? Dah posa ke ? Hehe, aku ganti puasa la. Lepas aku nak lelapkan mata kejap baru aku Subuh. Tengok tu, bunyi dia pemalas je kan? Haha, dah tak boleh tidur lepas Subuh so kita tidur dulu baru Subuh, lagi pun masih sempatkan? Hehe. Okay, that's not our topic today. aku nak bebel pasal result exam hari ni eceli. Result aku takla memberangsangkan sangat. Sekadar sorak 'Yahoo!' dapat dua tiga A aje. Okay , let me list them out ;

BM - 82
BI - not yet
Sejarah - 77
Math - 74
Sains - 74
Kesusasteraan Melayu - 71
Perdagangan - 50
Geografi - 84
P.Islam -73

Tengok? Haish, result macam ni nak bawak g SPM, menangis kakak aku tengok kot -.- No,no,no lepas ni aku nak struggle hard. Aku yakin aku boleh ! Iyerr, 'Semangat Aku Boleh' bak kata Cikgu Hanipah. InshaAllah aku nak dapatkan result yang baik punyer untuk Percubaan SPM yang pertama ni. Hope so, korang doakan aku eh. Okay, aku dah dengar guruh dah, lutut aku dah bergegar dah ni. Kbye, Wasalam

4 comments:

Lee Wa Wan said...

jangan stress ,usaha lagi... ececehh...:D

nur shafiqa said...

Thanks ! Hehe

A Girl Like You said...

good luck dik!

nur shafiqa said...

Thanks :)