Thursday 29 May 2014

Happy Birthday, Sayang !

Asalamualaikum. Hola readers ! amboi, lidah aku macam nak cakap Philipine aje. Ni terkena badi cerita kat Astro Tayangan Hebat. Cerita Philiphine tu. Best bah dia cakap 'talaga?' , amboi memang sah aku terkena badi Pinoy ni. hehe, but cerita tu best oke. kihkih


Tu ha cerita dia. Perempuan tu memang kuat bebel. tapi aku suka. Dia lucu. Kisah cinta orang Philipine kawin dengan orang putih. lelaki tu sempoi and terima seadanya je si 'Cookie' tu. haha, memang aku gelak habis la tengok cerita tu. gelak sampai terputus urat kentut. amboi, hiperbolanya ayat ku. kalau cikgu Cyril dengar gerenti dia bagi aku 100 markah lagi exam percubaan ni nanti. Hehe. Berangan kalahkan si Jenin .   Dah dah, aku ni dah melalut hal movie best. Benda nak dicerita pun aku tak cakap lagi. Korang nak tahu ke? Hehe. nak tak nak tu hak korang. Okay, today is my bestie birthday. ha, yang bambam dalam pic kat sidebar tu. Yang bersel-puikk dengan aku tu. Amboi, birthday girl dia hari ni. We're like sister. Aku lahir 27 Mei, dia 29 Mei. aku sayang giler kat dia ni. Hihi, bukan nak kata lesbian k. Orang yang ada bestie yang dah macam sebahagian dari dirinya sendiri saja tahu apa yang aku rasa. "The one who makes you laugh when skies is the darkest. the one who makes you feels you're on top of the world when you hardly hit the ground" macam tu la gamak nye. ni aku hentam je. tapi aku paham apa yang aku tulis. KihKih. Okay aku nak wish kau ni. kau jangan nangis pulak 

" I met you since we're in primary school. tapi masa tu kau kawan rapat orang lain. aku kawan rapat orang lain. masuk form 1 kita sama sekolah. kau lak kelas B tapi waktu rehat aku selalu jumpa kau dan Nina sebab nak lepak. masuk form 3, kita sekelas. Korang cakap dulu aku budak yang '24jam belajar' sebab aku kelas A dulu so aku dok baca buku dalam kelas. Then, aku masuk kelas B. Kita dudok sama-sama kat depan sekali. Outing sama, aku panggil kau dengan nama Kikin then melekat sampai hari ni. Susah sama, senang bersama. kau tahu sapa yang aku minat masa tu. kau tahu budak mana yang dok text aku. mestilah si irfan. ofcos, sebab dia try tackle aku dari form 1 lagi. tapi aku tak pernah bagi no. phone. masatu aku pakai phon ke? lupelah. hihi. Bila budak yang aku suka tu mintak no phon aku kau bagi. kau cakap, kau tahu apa yang aku rasa. Lepas tu kita selalu kuar sama. Pergi kepsi, karok, lepak medan ria sama-sama. Masuk form 4 aku dah pandai bawak moto pi bandar aku bawak kau sekali. buat hw sama-sama. Aku hantar kau balik semua sampai mak kau kenal aku. Aku selalu suruh kau guna nama aku kalau kau takut balik terlebih lewat. Form 4 pun kita dok meja sama. Memang takkan terpisah ja gamaknya. Sekarang dah form 5, kita masih sama gak. aku taknak berpisah pun dengan kau. tapi ni tahunlast kita dapat sama-sama macam ni. nanti, mesti aku rindu kau kan? Aku rindu nak bertenggek kat tangga dengan kau. kau gendong aku sepanjang koridor. Kita gelakkan cikgu. aku ajar kau math. kita tiru time exam. Kita main time perhimpunan. Kau rasa kita dapat jumpa lagi tak nanti? Kau dah macam adik perempuan aku dah. And sempena hari kau officially 7teen ni aku nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY. semoga Allah sentiasa beri rahmat , hidayah dan kejayaan dunia akhirat kat kau. semoga urusan hidup kau mudah. semoga semua yang kau buat diberkati Allah. aku doakan kita sama-sama berjaya untuk SPM ni. Aamiin. Semoga panjang umur dan Allah sentiasa limpahkan rezeki kat kau. Aku sayang kau sangat "
Malam tadi aku dah wish. aku sent msg pukul 11.58 , aku gerenti kau masih bangun lagi. mesti kau tunggu sampai pukul 12 tgh malam.Aku tahan mata aku sebab nak wish birthday kat kau. And sempena hari kau lahir, kucing aku pun beranak gak. amboi, sempat ye nak selitkan cerita. Ni batch yang kedua anak kepada Mama. mama tu nama kucing k?. Si Kakak dan Pibi (anak mama batch yg first) punyalah jeles tengok adik diorang yang baru lahir. tiga ekor. comel nya. akak aku belom apa-apa dah runsing. runsing pikir nama apa nak bagi. Hehe, dalam family aku kalau nak bagi nama kucing dah macam nama manusia. Aku pernah ada seekor kucing nama dia Abang. hihi. Sekarang ada Kakak dan Pibi. kalau ada masa aku uplod gambar. Papa pun ada. adalah kucing jantan yang selalu datang rumah and main dengan Kakak dan Pibi. mama pun layan kan aje kucing tu, sebab tu la kami panggil dia Papa. Dah macam family dah kan? alhamdulilah. semoga kucing-kucing ni membesar dengan elok and nanti dah besar comel-comel gitu. ye dok? haha/

Cakap hal kucing , si kurus kering Irfan balik Kuching hari ni. Bila aku kata 'laki' aku tu balik je mesti deorang tanya balik mana ? Johor? atau Kuching? Kuching la, hujung tahun kang dia balik Johor, amboi caringnya yee~ Haha. entah mana hilangnya budak jawa tu tak reply mesej aku sampai sekarang. Aku risau gak, perjalanan tu makan masa berjam-jam sebab ayah dia yang drive.  aku doakan yang baik-baik ajelah. Aamiin. Okaylah, sekarang pn dah larut malam. aku nak pg call si Budak Jawa ni kejap. heehe. Btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku. appreciate it so much. Wasalam

No comments: